HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA Program Hari Sukan Negara SK Sungai Mengkuang (SKSM) diadakan sebagai inisiatif menyokong sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Seramai 150 orang murid dan 50 orang warga sekolah termasuk guru serta staf sokongan telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan permainan santai seperti senamrobik, bola tampar dan sukaneka. Program berjalan dengan suasana meriah, penuh semangat juang dan ukhuwah antara semua peserta. Ia turut menjadi platform untuk melahirkan murid yang sihat, aktif dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum.

Event Information

Event Date 13-10-2025 7:30 am
Event End Date 13-10-2025 10:00 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Location Sk Sungai Mengkuang

We are no longer accepting registration for this event