HARI SUKAN NEGARA 2025
Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua warga sekolah. Aktiviti senamrobik dan larian santai menjadi tumpuan utama. Guru-guru serta murid menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bekerjasama dalam semua acara. Cuaca yang baik turut membantu kelancaran program. Kekuatan Program Penyertaan menyeluruh daripada murid dan guru. Penglibatan PIBG membantu dalam penyediaan hadiah dan minuman. Semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi. Aktiviti menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Rumusan Secara keseluruhannya, Program Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Sekolah telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup sihat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan lebih luas daripada komuniti setempat.
Event Information
| Event Date | 12-10-2025 7:30 am |
| Event End Date | 12-10-2025 10:15 am |
| Capacity | 800 |
| Registered | 0 |
| Available Place | 800 |
| Senior Citizens | 20 |
| Veterans | 60 |
| Youth | 650 |
| Women | 450 |
| Children | 50 |
| Location | SK PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU |