FITBELIA AL-HUSNA (2)

FITBELIA AL-HUSNA (2) Bersempena sambutan Hari Sukan Negara pada tahun 2025, pihak Sekolah Menengah Islam Al-Husna telah menganjurkan program FITBELIA AL-HUSNA sebagai inisiatif untuk memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan serta memperkukuh ikatan ukhuwah dalam kalangan peserta.   Program ini padat dengan aktiviti menarik dan bermanfaat seperti senamrobik, Greenwalk merentasi kawasan Kg. Che Latif sambil membersihkan kawasan sekitar, sukaneka, serta sukan padang yang dijalankan secara interaktif bersama guru-guru. Selain itu, sesi gotong-royong turut diadakan bagi menanam nilai murni seperti kerjasama dan tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.   Dengan penglibatan aktif semua pihak, FITBELIA AL-HUSNA bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut memberi penekanan kepada aspek rohani dan sosial demi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Event Information

Event Date 13-10-2025 8:00 am
Event End Date 13-10-2025 4:00 pm
Cut Off Date 16-10-2025
Capacity 65
Registered 0
Available Place 65
Youth 60
Women 5
Location SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-HUSNA

We are no longer accepting registration for this event