SK Bukit Tunggal @ Hari Sukan Negara 2024

SK Bukit Tunggal @ Hari Sukan Negara 2024 SK Bukit Tunggal di bawah unit Kokurikulum telah menjalankan Hari Sukan Negara peringkat sekolah dengan kerjasama JKKK Kampung Bukit Tunggal. Aktiviti ini telah dijalankan pada 16 Oktober 2024 di padang SK Bukit Tunggal dengan penuh gemilang. Terdapat pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti sukaneka murid dan sukan rakyat yang disertai oleh murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Aktiviti yang dirancang ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar dengan majlis perasmian oleh Puan Noraini binti Samat, Pegawai KEMAS Daerah Segamat.  Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh wakil Kementerian Belia Segamat selama 30 minit. Seterusnya, semua peserta diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka dan sukan rakyat seperti boling padang, sepak penalti, isi air dalam botol, tarik tali, motor lambat, pecah belon dan pelbagai lagi.

Event Information

Event Date 16-10-2024 8:00 am
Event End Date 16-10-2024 1:00 pm
Cut Off Date 22-10-2024 1:30 pm
Capacity 100
Registered 0
Available Place 100
Location SK BUKIT TUNGGAL

We are no longer accepting registration for this event