
Hari Sukan Negara di SMK (P) Bandaraya telah dijalankan pada 12 Oktober 2024. HSN di sekolah bermula jam 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik dikendalikan oleh murid tingkatan 1 dan wakil dari pelajar Universiti Malaya jemputan Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Bintang. Acara Senamrobik telah tamat pada jam 9.00 pagi. Karnival Usahawan Muda juga turut berlangsung selepas aktiviti senamrobik sehingga jam 1.00 petang. Aktiviti Permainan Tradisional juga berlangsung semasa Karnival Usahawan Muda melibatkan permainan Boling Kelapa, Tuju Selipar dan Berjalan Terompah Kelapa