
LAPORAN PROGRAM SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA 2024
1. Nama Program : Senamrobik Hari Sukan Negara 2024
2. Tarikh : 16 Oktober 2024
3. Hari / Masa : Ahad/ 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
4. Tempat : Dewan Serba Guna SJK (C) Yu Ming
5. Objektif :
Hari Sukan Negara diadakan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi :
a. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
b. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
c. Memberi pengikhtirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
d. Meningkatkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
e. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Objektif Khas :
a. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
b. Menggalakkan murid untuk mempratikkan gaya hidup sihat.
c. Mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid.
d. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
e. Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
6. Sasaran : Murid- murid (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan para guru SJK (C) Yu Ming 1
7. Butiran aktiviti :
a) Murid- murid beratur ke Dewan Serba Guna SJK (C) Yu Ming
b) Murid- murid berkumpul di dalam dewan
c) Aktiviti memanaskan badan
d) Senamrobik Hari Sukan Negara
e) Aktiviti menyejukkan badan
f) Bersurai
8. Penilaian Program :
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan
pelaksanaan dan semua warga sekolah terutama murid-murid berasa
seronok melakukan senamrobik.
8.1 Kekuatan Program :
Program ini telah dapat menarik minat warga sekolah terutama murid-
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukanan dan
memupuk kesedaran dan pemahaman kepada warga sekolah betapa
pentingnya menjaga kesihatan melalui aktiviti kesukanan.
8.2 Kelemahan Program :
Musim tengkujuh yang melanda bermula pada awal bulan Oktober
menyebabkan aktiviti hanya dijalankan di dalam dewan sekolah sahaja.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :
Pelbagai aktiviti sukan dan permainan boleh dilaksanakan pada masa
akan datang bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara di
peringkat sekolah.
Disediakan : Disahkan oleh :
……………………………….
(NOORLIANA BINTI ROSLI)
Setiausaha Sukan,
SJK (C) Yu Ming 1.