
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI
1. Murid berkumpul di dewan sekolah untuk diambil kehadiran.
2. Ucapan perasmian sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024 oleh Tuan Guru Besar SKBTK, En. Mohd. Shukri bin Din.
3. Murid bergerak ke padang sekolah mengikut kelas masing-masing.
4. Murid berjoging mengelilingi padang sekolah.
5. Murid melakukan aktiviti Senamrobik Sukan Negara 2024.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan kesihatan.
2. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan.
3. Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan secara sihat.
4. Mengeratkan hubungan antara warga sekolah.
KEKUATAN
1. Semua guru dan murid bersemangat mengikuti aktiviti yang dianjurkan.
2. Aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.
3. Mendapat sambutan daripada guru dan murid sekaligus bekerjasama semasa aktiviti dijalankan.
KELEMAHAN
Tiada
PENAMBAHBAIKAN
1. Melibatkan lebih banyak aktiviti permainan kepada murid.