SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2024
LAPORAN PROGRAM KECERGASAN KPM PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024 1. Perincian Program Nama Program : Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2024 Tarikh : 11 Oktober 2024 Tempat : Dewan Terbuka dan Padang SK Paya Dalam. Masa : 7:30 pagi – 10:30 pagi 2. Pengenalan Panitia PJPK bekerjasama dengan Unit Sukan dan Kokurikulum menganjurkan aktiviti Hari Sukan Negara (HSN) peringkat sekolah yang juga serentak disambut di seluruh negara. Hari Sukan Negara (HSN) adalah agenda nasional bagi membudaya dan merakyatkan sukan tanpa mengira fahaman politik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Cergas Bersama. 3. Rasional Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak warga sekolah membudayakan sukan dalam kehidupan seharian. 4. Objektif 1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan warga sekolah yang cergas dan aktif. 2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah. 3. Meningkatkan pengetahuan tentang sukan dalam kalangan warga sekolah. 5. Pengelola Panitia PJPK dan Unit Sukan & Kokurikulum 6. Bilangan Pegawai Terlibat 42 7. Peruntukan RM35.00 8. Acara Yang Dipertandingkan 1. Prasekolah = Lari Ulang Alik Bawa Bola 2. Tahun 1 = Lari Ulang Alik Bawa Kon 3. Tahun 2 = Lari Ulang Alik Ziq Zaq 4. Tahun 3 = Kelecek Bola Berhalangan 5. Tahap 2 = Lari Berganti-ganti 100 meter 9. Hadiah Sijil Penyertaan 10. Pemenang Tiada 11. Penyertaan Sekolah (nyatakan bilangan dan peringkat mengikut keperluan) JANTINA : LELAKI = 235 PEREMPUAN = 249 JUMLAH = 484 BANGSA : MELAYU JENIS SEKOLAH : SK GRED SEKOLAH : A LOKASI SEKOLAH : LUAR BANDAR 12. Kekuatan : 1. Sambutan Hari Sukan Negara 2024 mendapat kerjasama dan penglibatan yang sangat baik daripada warga sekolah. 2. Acara yang sangat menarik dan memberi cabaran kepada setiap peserta yang menyertainya. Kelemahan : 1. Tempoh pelaksanaan yang singkat membataskan aktiviti untuk warga sekolah menghayati objektif sambutan. 2. Tiada peruntukan untuk hadiah dan cenderahati kepada setiap peserta yang mengambil bahagian. Penambahbaikan : 1. Merancang pelbagai lagi aktiviti yang menarik untuk memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun hadapan. 2. Berusaha mengatur jadual program dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan pertembungan. 13. Gambar Program : (LAMPIRAN A)
Event Information
Event Date | 11-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 11-10-2024 12:00 pm |
Cut Off Date | 10-10-2024 6:00 pm |
Capacity | 460 |
Registered | 0 |
Available Place | 460 |
Location | SK PAYA DALAM |