
Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil dilaksanakan pada 13 Oktober 2024, Ahad. Aturcara program dimulakan dengan senaman robik bersama murid dan AJK Persatuan Ibu Bapa Dan Guru. Tema Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada kali ini ialah Kembalikan Nostalgia Sukan Rakyat Dan Sukan Tradisional. Beberapa permainan tradisonal seperti teng-teng, laga ayam, baling tin, lompat getah, main guli dan congkak telah dipilih bagi disertai oleh semua murid. Program tamat pada jam 12.00 tengahari.