Hari Sukan Negara Sekolah Kebangsaan Malau

Hari Sukan Negara Sekolah Kebangsaan Malau 1. PENDAHULUAN Hari Sukan Negara merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan tahap kecergasan, dan mempereratkan hubungan silaturahim di kalangan murid serta warga sekolah. Aktiviti sukan yang dijalankan dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan murid. 2. MATLAMAT Menyokong usaha kerajaan dalam membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. 3. OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid melalui aktiviti sukan.3.2 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin, dan semangat kesukanan.3.3 Menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum secara aktif dan berterusan.3.4 Memupuk hubungan baik antara murid, guru, dan komuniti setempat. 4. ANJURAN 4.1 Unit Kokurikulum SK Malau 5. SASARAN 5.1 Semua murid SK Malau 6. PELAKSANAAN 6.1 Tarikh: 12 Oktober 20246.2 Hari: Sabtu6.3 Masa: 8.00 pagi - 10:15 pagi6.4 Tempat: Padang SK Malau 7. TENTATIF PROGRAM 7:45 - 8:00 pagi: Ketibaan murid dan guru serta sesi pendaftaran 8:00 - 8:15 pagi: Bacaan doa (oleh Ustaz Nazmi Bin Abd Ghani) dan ucapan pembukaan 8:15 - 8:45 pagi: Senamrobik bersama Cikgu Izzati 8:45 - 9:15 pagi: Sukaneka ( Ninja Warrior) 9:15 - 10:00 pagi: Pertandingan Jaringan Gol bolasepak untuk murid lelaki dan bola jaring untuk murid perempuan 10:00 - 10:15 pagi: Cooldown dan penutup program

Event Information

Event Date 12-10-2024 8:00 am
Event End Date 12-10-2024 10:15 am
Capacity 174
Registered 0
Available Place 174
Senior Citizens 14
Women 8
Children 160
Location Sekolah Kebangsaan Malau

We are no longer accepting registration for this event