HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK CHANGKAT LOBAK 2024

LAPORAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2024 1. TAJUK PROGRAM: Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2024 2. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN: Tarikh: 11 Oktober 2024 (Jumaat)Masa: 8.00 pagi - 9.30 pagiTempat: Padang Sekolah, Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak 3. PENDAHULUAN: Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah ini dilaksanakan mengikut arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan warga sekolah melalui aktiviti sukan. Ia juga selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam memupuk semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia. 4. OBJEKTIF PROGRAM: Program ini bertujuan: Menggalakkan penglibatan murid dan guru dalam aktiviti sukan bagi membentuk gaya hidup sihat. Mendokong aspirasi JPN Perak dan Kementerian Belia dan Sukan dalam promosi Hari Sukan Negara. Mengeratkan hubungan sesama warga sekolah melalui semangat kesukanan dan kerjasama dalam aktiviti yang dianjurkan. 5. SASARAN PROGRAM: Seramai lebih 170 murid dari Pra Sekolah hingga Tahun 6, serta semua warga sekolah yang terdiri daripada guru, staf, dan pentadbiran sekolah telah terlibat dalam pelaksanaan program ini. 6. PELAKSANAAN: Program dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan nyanyian lagu rasmi seperti "Negaraku" dan lagu negeri Perak. Ucapan pembukaan disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, diikuti oleh Guru Besar yang merasmikan program. Acara utama adalah aktiviti senamrobik dan sukaneka yang melibatkan murid-murid dari semua peringkat. 7. JAWATANKUASA PENGANJUR: Jawatankuasa pengelola diketuai oleh Puan Juliana Binti Wahid, Guru Besar, bersama Penolong Kanan Kokurikulum Encik Dzulkarnain Arifin dan guru-guru lain yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. 8. IMPAK DAN REFLEKSI PROGRAM: Program ini telah berjaya mencapai matlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan murid dan warga sekolah. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dengan penglibatan aktif dari semua murid dan warga sekolah. Aktiviti sukaneka telah memberikan pengalaman menarik kepada murid, selain mengeratkan hubungan antara mereka. 9. IMPLIKASI KEWANGAN: Kos keseluruhan program adalah RM855.00 yang meliputi hadiah-hadiah sukaneka yang diagihkan kepada semua murid yang terlibat. 10. PENUTUP: Secara keseluruhannya, program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2024 di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Diharapkan program ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang untuk memupuk semangat kesukanan dan kesihatan yang lebih baik dalam kalangan warga sekolah. Disediakan oleh:(MOHD NAZMI BIN JASNI)Setiausaha Sukan SekolahTarikh: ………………. Disemak oleh:(DZULKARNAIN ARIFIN)Penolong Kanan KokurikulumTarikh: ……………….

Event Information

Event Date 11-10-2024
Event End Date 11-10-2024
Cut Off Date 11-10-2024
Capacity 200
Registered 0
Available Place 200
Location SK CHANGKAT LOBAK

We are no longer accepting registration for this event