
Hari Sukan Negara 2024 peringkat Sekolah SJKC Kuo Kuang 2 telah diadakan pada 13 Oktober 2024 bertempat di Dewan SJKC Kuo Kuang 2. Acara ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berkakhir pada pukul 8.00 pagi. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid supaya aktif bersukan dan menjalani gaya hidup sihat. Program ini juga merupakan inisiatif untuk memperkukuhkan perpaduan antara warga sekolah serta memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar. Hari Sukan Negara ini telah disertai oleh seramai 1590 murid . Para guru dan kakitangan sekolah bagi memeriahkan acara. Hari Sukan Negara peringkat sekolah ini berjalan dengan lancar dan meriah. Murid-murid menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, dan acara ini berjaya memupuk semangat kerjasama serta persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, terutamanya kepada guru-guru, ibu bapa.