HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA Program Hari Sukan Negara dimulakan dengan ucapan GPK Kokurikulum pada pukul 7.45 pagi. Kemudian, guru besar SJKT Ladang Elaeis menyampaikan ucapan dan merasmikan program tersebut pada pukul 7.50 pagi. Seramai 12 orang murid dan 6 orang guru terlibat dalam program ini. Sesudah itu, aktiviti senam robik dimulakan pada pukul 8.00 pagi. Dua orang murid memimpini aktiviti senam robik ini. Murid dan guru melakukan  aktiviti senam robik tersebut.   Selepas itu, murid-murid dan guru terlibat dalam FunWalk 2KM di sekitar kawasan Ladang Elaeis. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Seramai 18 orang peserta terlibat dalam Funwalk 2KM ini.   Sesudah itu, murid-murid dan guru-guru terlibat dalam aktiviti sukaneka pada pukul 9.20 pagi. Semua peserta menyertai acara sukaneka dengan semangat kesukanan. Program Hari Sukan Negara tamat pada pukul 10.00 pagi.

Event Information

Event Date 12-10-2024 8:00 am
Event End Date 12-10-2024 10:00 am
Capacity 18
Registered 0
Available Place 18
Youth 1
Women 5
Children 12
Location SJKT LADANG ELAEIS

We are no longer accepting registration for this event