
Kejohanan Olahraga Sekolah merupakan acara olahraga tahunan bukan sahaja dilaksanakan di sekolah ini, malahan di seluruh sekolah di Malaysia. Kejohanan ini dilaksanakan dengan 3 aktiviti iaitu sukantara, acara saringan dan akhir padang dan acara hari kemuncak yang melibatkan acara perbarisan, perasmian dan beberapa acara yang dipilih untuk dilangsungkan. Kejohanan yang dilaksanakan adalah mendokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kejohanan ini juga selaras dengan aspirasi pendidikan Negara, iaitu membentuk perpaduan di kalangan warga sekolah.