
Pada 15 Oktober 2024 telah diadakan Hari Sukan Negara di SK Sungai Tongkang. Semua warga yang terdiri daripada 150 orang murid dan 16 orang guru telah terlibat dalam aktiviti yang dirancang.
Sebelum acara bermula, senam aerobik telah dijalankan selama 30 minit. Selepas itu acara permainan tradisional telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tarik upih, baling selipar dan bola beracun. Aktiviti telah berlangsung selama 3 jam dan berjalan dengan lancar.
Para pemenang telah diberi sedikit hadiah daripada penganjur. Program tamat pada pukul 10.30 pagi.