
Aktiviti yang dijalankan adalah membawa sudu PingPong dan membawa pundi kacang bagi murid prasekolah. Aktiviti membaling bola ke dalam bakul dan larian arnab bagi murid tahun 1 dan 2. Aktiviti mengisi air ke dalam botol dan mengelincir tayar bagi murid tahun 3 dan 4. Aktiviti larian skipping dan susun tin bagi murid tahun 5 dan 6. Aktiviti meniup tisu ke arah gelung menggunakan pinggan plastik dan acara belon air bagi guru dan staf dijalankan. Kesimpulannya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.