Fun Games
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Cantuman Chaah telah menyambut seruan sambutan Hari Sukan Negara dengan mengadakan aktiviti Fun Games. Acara bermula pada jam 7.00 pagi, kehadiran murid dan semua warga STCC 2024. Kedatangan murid juga diambil oleh guru kelas masing-masing. Pada jam 7.25 pagi, murid-murid diberi sedikit taklimat oleh En Puvendran, selaku setiausaha program mengenai pelaksanaan Hari Sukan Negara pada hari ini. En Puvendran telah memberi penerangan tentang tujuan hari sukan negara. Tambahan pula dia telah menjelaskan kepentingan sukan bagi setiap murid.
Seterusnya, pada jam 7.30 pagi acara senamrobik dimulakan. Semua warga STCC mengambil bahagian dalam acara ini. Acara ini telah dikendalikan oleh guru-guru sekolah. Mula-mula semua membuat senaman ringan bagi memanaskan badan. Kemudian guru-guru dan murid-murid bermain pelbagai jenis permainan seperti bola sepak, hoki, bola baling, permainan kumpulan dan lain-lain. Kelihatan semua peserta bersemangat melakukan aktiviti dengan aktif dan agresif. Acara ini tamat pada jam 8.45.00 pagi. Selepas acara ini tamat, murid-murid dibenarkan mengambil rehat diri selepas penat bersenam. Akhirnya, semua perserta bersurai.
Event Information
Event Date | 15-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 15-10-2024 9:00 am |
Cut Off Date | 15-10-2024 12:00 pm |
Capacity | 270 |
Registered | 0 |
Available Place | 270 |
Persons with Disabilities (OKU) | 1 |
Location | SJK TAMIL CANTUMAN CHAAH |