.png)
Hari Sukan Negara telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah kebangsaan Sungai Bunyi. Seramai 606 orang murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Senamrobik ini dijalankan bagi menarik minat dan secara tidak langsung melibatkan semua warga sekolah untuk bersama-sama dalam menjayakan aktiviti. Seperti yang kita maklum, aktiviti senamrobik dapat meningkatkan kecergasan setiap individu sekaligus menjadikan diri aktif dalam bersukan. Objektif Hari Sukan Negara di peringkat sekolah tercapai dengan jayanya.