
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 PERINGKAT PENJARA NEGERI JOHOR 17 Oktober 2024 - Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Penjara Negeri Johor diadakan secara meriah dengan penglibatan seramai 100 anggota dari pelbagai institusi dalam Negeri Johor. PRP Kluang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah penganjuran HSN peringkat negeri Johor pada tahun ini. Antara pengisian Sambutan Hari Sukan Negara 2024 ini adalah acara Senamrobik dan sukaneka. Antara sukaneka yang jalankan adalah Kain Bergerak, Cookies Faces, Penalty Pening, dan pelbagai lagi. Penutupan program disempurnakan TPP Mohd Hafizudin bin Zainal Abidin Ketua PRP Kluang Johor. Turut menyertai adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota-Anggota, Pegawai-Pegawai Awam serta ahli-ahli keluarga.