
HARI SUKAN NEGARA 2024 PERINGKAT IKoM
Pada 17 Oktober 2024 telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Institut Koreksional Malaysia 2024 yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam, Melaka.
Seramai 32 orang kakitangan dan 120 orang pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kampung Gelam terlibat di dalam program ini. Turut hadir PKP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh, Komandan Institut Koreksional Malaysia.
Program bermula dari jam 8.00 pagi dengan senaman aerobic dan diteruskan dengan beberapa acara sukan iaitu badminton, ping pong dan carom.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan IKoM yang menjayakan program ini serta guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Kampung Gelam yang telah menyemarakkan semangat hari Sukan Negara 2024.
Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi terus menyemai semangat kesukanan serta memupuk kesedaran pentingnya gaya hidup sihat.