
Pada 11 Oktober 2024, satu Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara Politeknik Tawau Sabah (PTS) dan Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah diadakan di Politeknik Sandakan Sabah. Seramai 25 orang pelajar lelaki bersama 3 orang staf PTS dan PSS telah mengikut program ini. Program sukan seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama politeknik dan dapat mencungkil bakat sukan dalam diri pelajar. Selain itu, aktiviti di luar bilik kuliah ini boleh menjadi salah satu contoh senaman bagi memastikan kesihatan diri terjaga.