SUKANEKA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA
Rasional sukaneka ini diadakan untuk memupuk semangat bekerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang di jalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dalam kalangan warga sekolah dengan menunjukkan disiplin yang tinggi, Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan warga sekolah aktif dan seronok melalui aktiviti yang menarik dan produktif.
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri warga sekolah.
2. Mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
3. Membentuk warga sekolah agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada warga sekolah dalam menunjukkan bakat masing-masing.
5. Memberi peluang kepada warga sekolah mempelajari pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang di jalankan.
Event Information
Event Date | 18-10-2024 |
Event End Date | 18-10-2024 |
Cut Off Date | 18-10-2024 |
Capacity | 1 |
Registered | 0 |
Available Place | 1 |
Women | 31 |
Children | 444 |
Location | SK ST FRANCIS XAVIER |