Senamrobik

Aktiviti senamrobik dapat meningkatkan kecerdasan dan kesihatan para murid dan warga sekolah dalam menguji daya ketahanan fizikal dan mental. Objektif: a. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. b. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.  c. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat . Kekuatan: Penyertaan mencapai 100% dengan penglibatan semua murid sekolah dan warga sekolah. Aktiviti senamrobik dijalankan dengan berjalan lancar. Semua guru bekerjasama baik semasa melaksanakan aktiviti. Lagu dengan tempo muzik yang sesuai dengan pergerakan badan dapat meningkatkan kecerdasan dan keyakinan murid dalam bidang sukan. Kelemahan: Tempat pentas utama untuk guru yang mengetuai kumpulan senamrobik agakterhad untuk membuat pergerakan yang lebih aktif. Terdapat segelintir murid yang jauh daripentas kurang jelas melihat pergerakan guru. Masa aktiviti sukan agak pendek menyebabkan murid-murid masih bersemangat mahu teruskan aktiviti lagi.   Penambahbaikan: Masa aktiviti sukan boleh dipanjangkan lagi dengan pelbagai aktiviti sukan. Guru senamrobik boleh ditambah lagi dengan berdiri di bawah pentas agar semua murid dapatmengikuti aktiviti senamrobik dengan jelas. Aktiviti senamrobik boleh dimeriahkan lagi dengan penglibatan pembantu takdbir sekolah dan ibu bapa yang dapat meluangkan masa ke sekolah.

Event Information

Event Date 18-10-2024 7:00 am
Event End Date 18-10-2024 8:00 am
Cut Off Date 18-10-2024
Capacity 87
Registered 0
Available Place 87
Children 74
Location SJK CHUNG HUA BATU 11

We are no longer accepting registration for this event