
1.0 MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi , jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.Seseorang murid wajib menyertai aktiviti sukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
2.0 OBJEKTIF
2.1 : Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah
2.2 : Menitikberatkan pengilbatan bersama atau “ mass participation “ dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
2.3 : Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan warga sekolah.