
Kejohanan yang diadakan ini menerapkan sifat kerjasama dalam setiap peserta supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kejohanan ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan. Selain itu, pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dan bola jaring akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini. Kejohanan ini mampu memberikan peluang kepada pihak sekolah bagi menyediakan pasukan bola sepak dan bola jaring untuk pertandingan pada tahun hadapan.