_2025.png)
Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025 yang dijalankan di Dewan St. Joseph, SMK Konven St. Cecilia pada 13 Oktober 2025 (Isnin) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dan semangat bersukan dalam kalangan murid. Aktiviti yang melibatkan semua murid ini dikendalikan oleh fasilitator daripada kelas 2 Inovatif dengan bimbingan guru pengiring, Encik Sharif Mahendra @ Sharif Rizan B. Mohd dan Cikgu Darmansya Badaway. Sepanjang program, murid mengikuti sesi senamrobik beramai-ramai yang dipimpin oleh jurulatih kecergasan dengan penuh semangat dan keceriaan. Aktiviti dimulakan dengan regangan pemanasan badan, diikuti gerakan senamrobik berirama dan diakhiri dengan penyejukan badan. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal, membina kerjasama serta perpaduan antara murid pelbagai kaum, dan menyemai nilai disiplin serta tanggungjawab terhadap kesihatan diri. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini mencapai objektif yang ditetapkan iaitu membudayakan sukan dalam kalangan murid serta menghormati dan meraikan kepelbagaian budaya di sekolah.