
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementeria Belia dan Sukan mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan Bulan Julai sebagai bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini yang dijalankan bermula 10-13 Oktober 2025.