Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara Program Hari Sukan Negara 2025 peringkat Sekolah Kebangsaan Wallace Bay telah diadakan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di kawasan sekolah dengan penglibatan seramai 131 orang peserta yang terdiri daripada murid, guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) serta pasukan pembersihan. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkukuh perpaduan warga sekolah sejajar dengan hasrat sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program termasuk senamrobik, bola tampar, pickleball, serta beberapa aktiviti permainan tradisional dan pembersihan kawasan sekolah. Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan, di mana semua peserta menunjukkan semangat kerjasama, disiplin dan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.      

Event Information

Event Date 11-10-2025 7:00 am
Event End Date 11-10-2025 12:00 pm
Capacity 131
Registered 0
Available Place 131

We are no longer accepting registration for this event