
SJKC Lum Hua telah mengadakan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2025 (Jumaat). Aktiviti bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi, dengan penyertaan seramai 163 orang guru dan murid. Pada hari tersebut, semua warga sekolah melakukan senaman ringan serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukaneka yang menyeronokkan. Suasana amat meriah dan penuh dengan semangat kesukanan. Program ini berjaya memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.