
Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diadakan di SJKT Ladang New Coconut, Sungai Sumun, Perak pada 10 Oktober 2025 (Jumaat). Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid dan pekerja sekolah telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan seperti senamrobik, sukaneka dan permainan santai. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan antara warga sekolah. Aktiviti dijalankan dalam suasana ceria dan penuh semangat, sekaligus menjayakan objektif sambutan Hari Sukan Negara tahun ini.