
Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan pada setiap tahun bagi memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Program ini diadakan bagi menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari sabtu minggu kedua bulan oktober setiap tahun. Sebagai sokongan terhadap program tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua pihak di bawahnya termasuk pihak sekolah untuk sama-sama mengadakan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 10 hingga 13 Oktober 2025. Oleh itu, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2025.