PERTANDINGAN MERENTAS DESA SJKC MIN TE AYER TAWAR SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2025

PERTANDINGAN MERENTAS DESA SJKC MIN TE AYER TAWAR SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2025 Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan aktiviti senam robik beramai-ramai yang melibatkan murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Selepas itu, pada pukul 8.00 pagi, murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 memulakan acara merentas desa. Sepanjang laluan, guru-guru telah ditempatkan di setiap persimpangan bagi memberi arahan laluan, manakala anggota RELA turut hadir untuk membantu mengawal dan mengarahkan lalu lintas demi memastikan keselamatan murid. Bagi murid Pra Sekolah, PPKI serta Tahun 1 dan Tahun 2, aktiviti sukan dijalankan di kawasan padang sekolah, termasuk aktiviti larian mini dan permainan sukaneka ringan. Semua murid kembali berkumpul di Arena Serba Guna pada pukul 9.00 pagi untuk majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang mengikut kategori masing-masing. Majlis penyampaian hadiah berjalan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan. Program berakhir dengan ucapan penutup daripada pihak sekolah pada pukul 10.00 pagi. Secara keseluruhannya, aktiviti Hari Sukan Negara 2025 di SJK(C) Min Te telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 9:30 am
Cut Off Date 10-10-2025 7:30 am
Capacity 450
Registered 0
Available Place 450
Women 45
Children 400
Location SJKC MIN TE

We are no longer accepting registration for this event