
Program Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkenalkan semula permainan tradisional kepada murid. Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk batu seremban, galah panjang, teng teng, baling selipar dan bowling kelapa. Murid-murid menunjukkan semangat kerjasama dan keseronokan sepanjang aktiviti dijalankan. Program ini juga berjaya memupuk nilai murni seperti tolong-menolong, semangat berpasukan dan menghargai warisan budaya bangsa. Secara keseluruhannya, program Hari Sukan Negara dan Permainan Tradisional ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.