
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun bagi menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan dalam aktiviti sukan dengan slogan “Malaysia Aktif”. Bagi menyokong usaha ini, Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang turut mengambil bahagian dengan menganjurkan program ini di peringkat sekolah bagi tahun 2025.
Tarikh & Hari : 11 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa : 8:00 Pagi – 12:00 Tengahari
Tempat : Dewan Sri Gemilang