
Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay Beng, Lenggong, Perak telah mengadakan aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan Negara Tahun 2025. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi dan disertai oleh 5 orang guru serta 22 orang murid. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan warga sekolah. Suasana yang ceria dan penuh dengan semangat menjadikan aktiviti senamrobik ini satu pengalaman yang menyeronokkan bagi semua peserta.