
Senamrobik merupakan acara yang dipilih untuk dilaksanakan oleh SMK St. Anthony Teluk Intan bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 pada 10-13 Oktober 2025 seluruh Negara. SMK St. Anthony atau nama singkatannya "SASTI" merupakan sekolah di bawah Pendidikan Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan. Acara yang dilaksanakan pada 10 Oktober hari jumaat, daripada 7.30 hingga 8.30 pagi, di Dataran Anthonian Square. Sambutan Hari Sukan SASTI disertai oleh warga sekolah, 58 orang guru dan 392 orang pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Beberapa pelajar tingkatan menjadi pengelola acara senamrobik tersebut bermula dengan renggangan, pemanasan badan dan diteruskan dengan tarian senamrobik sehingga ditutupi dengan senaman penutup. Pelajar dan guru dapat melibatkan diri bagi menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.