Hari Sukan Negara SK Sungai Rokam 2024
Laporan Ringkas: Hari Sukan Negara SK Sungai Rokam, Ipoh
Tarikh: 11 Oktober 2024
Pendahuluan
Hari Sukan Negara di SK Sungai Rokam diadakan sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan murid. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti sukan untuk semua peringkat murid.
Tujuan
Laporan ini bertujuan untuk merangkum pelaksanaan Hari Sukan Negara dan latihan yang dilakukan oleh murid sebagai persediaan untuk Kejohanan Sukan Olahraga yang akan datang.
Pelaksanaan
Hari Sukan Negara berlangsung pada hari Jumaat, 11 Oktober 2024, melibatkan semua murid dari Tahap 1, Tahap 2, PPKI, dan Pra Sekolah.
Jumlah Murid: 848
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:
Larian
Lompat Jauh
Lompat Tinggi
Lontar Peluru
Aktiviti-aktiviti ini dijadualkan sebagai persediaan untuk Kejohanan Sukan Olahraga SK Sungai Rokam yang akan diadakan pada 9 November 2024.
Kesimpulan
Hari Sukan Negara di SK Sungai Rokam berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada semua murid. Latihan sukan yang diadakan membantu mereka bersedia untuk kejohanan yang akan datang, serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di kalangan murid.
Refleksi.
Meneruskan program latihan berkala bagi meningkatkan kemahiran dan prestasi murid.
Menganjurkan lebih banyak aktiviti sukan untuk meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat.
Event Information
Event Date | 11-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 11-10-2024 8:30 am |
Capacity | Unlimited |
Registered | 0 |
Children | 848 |
Location | sk sungai rokam |