
Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif tahunan yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat. Sambutan peringkat sekolah ini diadakan sebagai sokongan kepada program tersebut serta memberi peluang kepada murid dan guru untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan. Objektif Hari Sukan Negara ialah menyemai semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah, menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dan menyokong seruan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menjadikan sukan sebagai budaya masyarakat. SJK(T) Ladang Glenealy telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya senamrobik, permainan rounderes, kabaddi dan permainan tradisional. Semua aktiviti dijalankan dalam suasana yang ceria dan penuh semangat kerjasama antara murid dan guru. Program ini berjaya mencapai objektifnya apabila semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Selain itu, hubungan antara guru dan murid turut diperkukuh melalui aktiviti sukan yang dijalankan bersama. Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara 2025 telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membentuk masyarakat sekolah yang sihat, cergas dan berdisiplin. SATHIAVANI A/P RAMAN (GURU) 0165008421