
Program Senamrobik Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Menengah kebangsaan Tok Perdana diadakan pada 10 Oktober 2025 bertempat di Dataran Perhimpunan sekolah. Aktiviti ini melibatkan seluruh warga SMK Tok Perdana termasuk guru, murid, dan staf sokongan . Tujuan utama program ini adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti sekolah. Melalui aktiviti senamrobik ini, peserta dapat meningkatkan kecergasan fizikal, membina semangat kesukanan dan memupuk hubungan erat antara pihak sekolah dan murid.