
Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah yang telah diadakan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Sekolah Kebangsaan Lumut berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga sekolah. Program bermula pada pukul 7.40 pagi dengan pendaftaran peserta diikuti ucapan alu-aluan, bacaan doa serta ucapan Guru Besar yang meniup semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti senamrobik yang dijalankan menceriakan suasana dan memberi tenaga kepada peserta sebelum diteruskan dengan acara sukaneka yang melibatkan murid prasekolah hingga murid Tahun 6. Program ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan memupuk semangat kerjasama, daya saing yang sihat, dan nilai kesukanan dalam kalangan murid serta mengeratkan hubungan antara guru, staf dan murid sejajar dengan aspirasi Hari Sukan Negara untuk melahirkan masyarakat yang cergas dan aktif.