Hari Sukan Negara Peringkat SK Ayer Kuning Tahun 2025

Hari Sukan Negara Peringkat SK Ayer Kuning Tahun 2025 LAPORAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARAPERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KUNING 2025 Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning telah diadakan dengan jayanya pada 12 Oktober 2025 bertempat di padang sekolah. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang melibatkan semua murid dan guru. Seterusnya, aktiviti diteruskan di enam stesen permainan, iaitu Galah Panjang, Dart, Ketinting, Lompat Getah, Main Guli dan Batu Seremban. Setiap stesen dijalankan dengan penuh semangat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid. Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif penganjuran. Murid-murid menunjukkan minat serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung.

Event Information

Event Date 13-10-2025 7:45 am
Event End Date 13-10-2025 9:40 am
Cut Off Date 13-10-2025 9:30 am
Capacity 250
Registered 0
Available Place 250
Senior Citizens 32
Youth 5
Persons with Disabilities (OKU) 20
Women 100
Children 220
Location SK AYER KUNING KAMPAR PERAK

We are no longer accepting registration for this event