HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI ABDUL AZIZ

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI ABDUL AZIZ Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz, Lenggong Perak telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di dewan terbuka dan padang sekolah. Program ini dianjurkan bagi menyemai semangat kesukanan serta menggalakkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah senamrobik beramai-ramai, bola tamapr, bola jaring, sepak takraw dan bola baling. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dengan penglibatan seramai 310 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, guru dan staf sekolah. Program ini juga bertujuan untuk menyokong aspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menjadikan Hari Sukan Negara sebagai platform untuk membudayakan aktiviti sukan dan kecergasan dalam kalangan masyarakat. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pelajar menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi sepanjang program berlangsung. Selain itu, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, pelajar dan warga sekolah melalui pelbagai aktiviti sukan yang dijalankan.

Event Information

Event Date 13-10-2025 8:00 am
Event End Date 13-10-2025 11:00 am
Cut Off Date 11-10-2025 8:00 am
Capacity 310
Registered 0
Available Place 310
Senior Citizens 20
Youth 15
Persons with Disabilities (OKU) 20
Women 200
Children 268
Location SMK TAN SRI ABDUL AZIZ

We are no longer accepting registration for this event