
Hari Sukan Negara ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Antaranya adalah untuk : 1. Menggalakkan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan riadah. 2. Meningkatkan kesedaran murid, guru dan ibu bapa tentang kepentingan sukan sebagai asas kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental. 3. Mewujudkan semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan dan nilai murni dalam kalangan pelajar. 4. Mencungkil dan mengasah bakat murid dalam bidang sukan sebagai persediaan melahirkan atlet masa depan. 5. Memupuk perpaduan dan semangat kekitaan antara warga sekolah serta komuniti setempat melalui aktiviti sukan. 6. Menyokong aspirasi Kementerian Belia dan Sukan dalam menjadikan sukan sebagai budaya Nasional. 7. Merealisasikan hasrat dan aspirasi pihak sekolah untuk terus memberi peluang dan galakan bersukan dikalangan pelajar.