HARI SUKAN NEGARA

Senamrobik Beramai-ramai Aktiviti dimulakan seawal jam 8:00 pagi dengan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Liza dan beberapa orang murid. Murid-murid serta guru-guru menyertai sesi senaman ini dengan penuh semangat diiringi muzik yang ceria dan membangkitkan suasana. Funwalk @SKSR Memakai Kain Sarung Sambil Bermain Buih Sabun Aktiviti berjalan santai ini menampilkan kelainan dengan semua peserta dikehendaki memakai kain sarung. Sepanjang laluan, peserta turut bermain buih sabun, menjadikan suasana lebih meriah, santai dan mencuit hati. Aktiviti ini berjaya mencetuskan gelak tawa dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Bengkel Pengenalan Sukan 'Beyblade' Sebagai pendekatan inovatif terhadap minat murid, bengkel sukan Beyblade telah dianjurkan dengan tujuan memperkenalkan konsep sukan alternatif yang menguji strategi, fokus dan kemahiran tangan. Murid-murid diberikan pendedahan

Event Information

Event Date 11-10-2025 7:40 am
Event End Date 11-10-2025 1:30 pm
Capacity 156
Registered 0
Available Place 156

We are no longer accepting registration for this event