
LAPORAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAHTarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)Masa: 8.00pg - 12.ootghTempat: Padang Sekolah SMK Dato’ Seri Maharaja Lela (SMKDSML)Sasaran: Semua warga sekolah
1. PengenalanHari Sukan Negara Peringkat Sekolah telah diadakan pada 11 Oktober 2025 di Padang SMK Dato’ Seri Maharaja Lela. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kesukanan serta menggalakkan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.
2. Objektif Program
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sukan dalam kehidupan harian.
Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan warga sekolah.
Mencungkil bakat sukan dalam kalangan murid.
3. Aktiviti yang DijalankanAntara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan petanque untuk murid PPKI, sepak penalti, bola jaring, dan sepak takraw. Semua aktiviti dijalankan dengan penuh semangat dan kerjasama antara peserta.
4. RumusanSecara keseluruhannya, program Hari Sukan Negara berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini berjaya memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama dalam kalangan warga sekolah.