.png)
Program 'Hari Sukan Negara' peringkat sekolah telah diadakan di SJK(T) Ladang Selinsing pada 11 Oktober pada pukul 7.30 pagi bertempat di dataran perhimpunan sekolah. Seramai 19 orang iaitu 7 orang guru (1 lelaki & 6 perempuan) dan 12 orang murid telah mengambil bahagian dalam program ini.
Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah senamrobik dan 2 jenis sukaneka. Objektif-objektif program ialah: 1) Memberikan kesedaran akan kepentingan gaya hidup aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan dan rekreasi; 2) Meningkatkan penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi seterusnya mempergiatkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat; 3)Memperkukuhkan semangat ukhuwah dan integrasi nasional menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.
Kesemua objektif dan aturcara program telah berjaya dicapai dan mengikut tempoh masa yang telah dirancang.