
Sesi senamrobik yang dijalankan pada pukul 8.10 pagi mendapat sambutan hangat daripada semua murid dan guru. Aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana ceria serta meningkatkan tahap kecergasan peserta. Seterusnya, pertandingan bola tampar/rounders diadakan pada pukul 8.40 pagi. Semua murid menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang perlawanan. Selepas rehat pada pukul 10.00 pagi, acara diteruskan dengan permainan tarik upih, permainan 'Musical chair' dan permainan balun, yang menguji kekuatan fizikal serta kerjasama antara peserta. Sorakan semangat daripada rakan-rakan menambahkan lagi keceriaan suasana. Program tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan penyampaian penghargaan dan ucapan penutup. Semua peserta kelihatan gembira dan berpuas hati dengan penganjuran aktiviti yang dijalankan.