HARI SUKAN NEGARA 2025

HARI SUKAN NEGARA 2025 Sesi senamrobik yang dijalankan pada pukul 8.10 pagi mendapat sambutan hangat daripada semua murid dan guru. Aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana ceria serta meningkatkan tahap kecergasan peserta. Seterusnya, pertandingan bola tampar/rounders diadakan pada pukul 8.40 pagi. Semua murid menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang perlawanan. Selepas rehat pada pukul 10.00 pagi, acara diteruskan dengan permainan tarik upih, permainan 'Musical chair' dan permainan balun, yang menguji kekuatan fizikal serta kerjasama antara peserta. Sorakan semangat daripada rakan-rakan menambahkan lagi keceriaan suasana. Program tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan penyampaian penghargaan dan ucapan penutup. Semua peserta kelihatan gembira dan berpuas hati dengan penganjuran aktiviti yang dijalankan.

Event Information

Event Date 11-10-2025 8:00 am
Event End Date 11-10-2025 12:30 pm
Capacity 34
Registered 0
Available Place 34
Women 7
Children 25
Location SJKT LADANG ULU BERNAM 2

We are no longer accepting registration for this event