HARI SUKAN NEGARA 2025

HARI SUKAN NEGARA 2025 OBJEKTIF PROGRAM1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat.2. Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan murid serta guru.3. Menyediakan platform mencungkil bakat sukan murid.4. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti sekolah.5. Menjadikan sukan sebagai amalan budaya sekolah.   TENTATIF PROGRAM7.40 pagi : Pendaftaran peserta & kehadiran guru/ibu bapa8.00 pagi : Ucapan perasmian oleh Guru Besar8.10 pagi : Senamrobik beramai-ramai8.30 pagi  :Bola Sepak & Rounders9.15 pagi : Acara sukaneka 10.15 pagi :  Penyampaian hadiah & sarapan   LAPORAN SWOT Kekuatan Sambutan baik daripada murid, guru, dan ibu bapa. Aktiviti pelbagai, menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kelemahan Kekangan masa kerana terlalu banyak aktiviti dalam sehari. Keletihan peserta pada cuaca panas terik. Peluang Mengeratkan hubungan antara sekolah, PIBG dan komuniti. Mencungkil bakat murid ke peringkat lebih tinggi. Meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan murid. Ancaman   Cuaca tidak menentu (panas terik).   PENUTUP Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada murid, malah mengeratkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Pihak sekolah berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih meriah dan berimpak tinggi.

Event Information

Event Date 11-10-2025
Event End Date 11-10-2025
Capacity 25
Registered 0
Available Place 25
Location SJK(T) PONDOK TANJUNG

We are no longer accepting registration for this event