Hari Sukan Negara 2025

Hari Sukan Negara 2025 Hari Sukan Negara 2025 telah dilaksanakan di SJKC Thung Hon, Tanjong Tualang pada 13 Oktober 2025. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat serta menggalakkan penyertaan murid dan warga sekolah dalam aktiviti fizikal. Objektif Program adalah menggalakkan penyertaan aktif warga sekolah dalam aktiviti sukan, membina semangat bekerjasama dan kesukanan dalam kalangan murid dan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan murid serta guru. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, Aiskrim Kon, Siapa Cepat, dia dapat, Tic Tac Toe, Boling Kasut, Kembar Siam dan Monster Ball. Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada murid serta guru.

Event Information

Event Date 13-10-2025 7:15 am
Event End Date 13-10-2025 9:00 am
Capacity 94
Registered 0
Available Place 94
Location SJKC THUNG HON, TANJONG TUALANG

We are no longer accepting registration for this event